Want your
own Fotopage?






 
Fazilah's FotoPage

By: iLa Hafiz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  >  >>]    [Archive]
Monday, 25-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Akad Nikah Rudy & Feeza

masjid Kelana Jaya
bakal pengantin lelaki bersalaman dengan sanak saudara
control ye pengantin - rudy
View all 46 photos...
Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Kelana Jaya kira-kira jam 5.30 petang. Masing-masing berpakaian berwarna "gold" mengikat tali kasih bergelar suami isteri. Tahniah dari ila & epit, semoga kekal hingga ke akhir hayat.


Tuesday, 12-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Cadet Band Comp.

Sji`s famili kat depan dataran merdeka..
the macho man! ;P
who`s that girl??
View all 15 photos...
Pertandingan kadet berirama (cadet band) sekolah-sekolah Kuala lumpur untuk pemilihan ke peringkat Malaysia. Tahniah buat semua SJI cadet band!!


Wednesday, 30-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Band Comp WP

 
 
 
View all 9 photos...
Sji cadet band.. congrate!


Wednesday, 23-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Tasik Chini

view tepi tasik
welcome to Tasik Chini guys!
snap di petang hari
View all 23 photos...
Jalan-jalan cari pengalaman kat Tasik Chini.


Tuesday, 22-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis qeqah & Cukur Jambul

Qeqah seekor kambing untuk danish
sibuk puan2 menyediakan hidangan kenduri
Tengah lepak-lepak
View all 20 photos...
Ni majlis qeqah & cukur jambul dan kesyukuran untuk baby baru keluarga kami Ahmad Danish. Majlis ni diadakan di Kampung kak ipar kat Felda Chini 2, Pekan. Pahang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan selamat.


Wednesday, 16-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Insan tersayang

ahmad danish -3month
gelak besar nampak danial.. ;)
hubby n danial
View all 9 photos...
Kaulah segalanya bagiku...


Monday, 7-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
100 Anniversary St. John Institution (SJI96)

welcoming guys!
Welcome to my ex -school!
sji 96 old boy
View all 62 photos...
Majlis penutup ulangtahun ke 100 di St.John`s Institution , Bkt Nanas. Kuala Lumpur. Suami & ayah mertua dan abang ipar sekolah kat sini la.

Most recent comments... (In posting order)
sji forever Mon 7-Mar-2005 04:47
Posted by:~farah~  - [Link]
farah, u ni sape ye?.. ada kena mengena ngan sji ker? 0) Tue 8-Mar-2005 06:28
Posted by:iLa Hafiz


Monday, 7-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
BIRTHDAY GUYS!!

1st Birthday Boy - Wan Rafiq Iqbal (baby Reena&wan)
Happy Birthday Mirza!!
Kek Aiskrim hadiah dari kami maksu&Acu
View all 15 photos...
HAPPY BIRTHDAY GUYS!!!.. SEMOGA ALLAH PANJANGKAN USIA DAN SENTIASA MELINDUNGI DAN DIBAWAH KERAHMATAN DARINYA.


Saturday, 5-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
HONEYMOON KAT SABAH

snap dari dlm ERL masa perjalanan ke KLIA..
pose hubby kat KLIA
Iskh...makanlak dia..dalam flight ni
View all 102 photos...
Alhamdulillah saya baru saja pulang dr honeymoon di sabah. Cuaca di sana mmg baik dan saya happy dengan percutian kami. Kami menginap di sabah selama 3 hari 2 malam. Rasanya cam x cukup plak stay kat sana..next time kami akan ke sana lg.
Kami ni plak jenis suka travel n aktiviti adventure. Nasib baik juga saya ada adik angkat org sana,so dia n uncle mat guide sepanjang honeymoon kami.

28hb Januari 2005
-Kami ke KLIA menerusi transit ERL yang mengambil masa 45 min ke lapangan KLIA.
-Flight kami jam 4.45 ptg dengan menaiki pesawat AirAsia ke Kota kinabalu. Cuaca sewaktu penerbangan agak baik dan lancar. Kami selamat tiba di lapangan terbang KK jam 7.30 mlm. Perjalanan lebih kurang 2 jam lewat 30 minit.
-Kami check in di Hotel Berjaya Palace KK yang berada di area berbukit di tengah bandar KK.
-Jam 8 mlm, kami dinner di satu tempat di area KK yang berhadapan laut. Kat sana cam food court dan pub.
-Kami dibawa bersiar-siar sekitar KK dan Likas.

29hb Januari 2005
-Kami bertolak jam 8 dari KK ke Kinabalu Mount. Perjalanan mengambil masa sejam. Kami singgah di Pasar Nabalu utk membeli handcarft utk ole2. Sempat berposing berlatarbelakangkan gunung kinabalu.
Cuaca terang seperti panas tp suhunya sejuk.
-Kami singgah di Kinabalu Park, kami melawat taman kinabalu,galeri kinabalu dan sempat ke kaki gunung saja.
-Kami meneruskan perjalanan kami ke Ranau. Ranau ni daerah kawasan tanah tinggi cam cameron highland. Kami singgah di Pekan Ranau, lunch kat restoran melayu dusun di sana. Makanan mmg sedap.Kami singgah di Orhird Nursery milik makcik adik angkat saya.
-Kami pulang ke arah KK dan sempat singgah di Pasar kundasang, beli sayu2 fresh..buah-buahan..bunga.mmg murah..3 jenis sayur baru rm5.
-Kami pulang ke hotel. Malam tu kami berjalan-jalan berdua ke kawasan KK, Kami pergi ke karamunsing walk..di area belakang kompleks karamunsing..dia cam bangsar jln telawi..ada gerai2 jual makanan. kebanyakan org disana yg meniaga dr semenanjung. So, bab makam takde masalah.hehe
- Kami berdua berkaroeke di Lodge hotel sampai tutupla lodge tu. hehehe

30hb Januari 2005
- Kami singgah ke Gaya street sunday market. Kat sana byk benda jual. macam-macam ada. Kami beli kuih2 traditional dan kopi kisar borneo (tenom) utk ole balik ke KL.
-Kami bertolak pagi ke Karambunai Nexus Resort. Kami menghirup udara di tepian laut cam cantik memutih. Langit yang biru ditutupi kepulan awan gebu.perghhh..memang cantik. Resort ni mmg exclusive.sempat main cheese gergasi. susasana resort mmg cantik. Agak jauh dari town KK.
- Kami melawat Universiti Malaysia Sabah, (UMS). Universiti ni mmg cantik dan luas.
- Kami singgah berposing dihadapan bangunan Yayasan Sabah. Memang cantik pemandangan di sana. Berdekatan dengan Pantai Anjung senja.
-Kami menunaikan solat di masjid terapung permukaan laut. Masjid ni cantik rekaannya.
- Kami ke Pasar Filipina di area KK, famous ngan mutiara. murah dan cantik-cantik balaka.
-Kami ke Sutera Harbour Resort. Memang cantik..resort 5 star yang sering didiami oleh VIP&VVIP termasuk PM kita. Lokasinya berhadapan laut. Tempat private boat berlabuh. mmg cantik. Kami lepak di cafe dihadapan laut sambil tgk sunset. Ya ALLAH mmg cantik bila tgk matahari terbenam. Kami dinner disitu. Pool dia mmg best..
-Kami layan karoeke di Karoeke Lodge di aras bawah sutera Harbour. Layan nyanyi..
-Kami pulang ke hotel

31hb Januari
-Kami menghabiskan masa di area hotel.
-Kami bertolak ke Airport KK jam 1ptg dan check in bagasi.
-Tepat jam 2.15 ptg kami berlepas pulang ke KL.

Selamat TINGGAL sabah.. mmg syokkkk.. .

nak tanya byk tentang honeymoon nih..sbb saya plan nak gi honeymoon kat Sabah...tp tatau sgt trip2 ke sana..leh tak share experience..kalo tak jadi prob. emel saya bleh?? Thu 17-Feb-2005 02:54
Posted by:sha fizsha80@hotmail.com
haiii couples...!!
TQ kerana memilih moon sbg tourist guide aka & abg.well...alhamdullillah..semuanya OK!nampaknya group kali ni pun brjaya jugak.so next time kalau nak dtg lagi,just call me.moon sentiasa brkhidmat.hehe..anyway...Tq coz simpan gambo moon skali dlm fotopages ni.heheh..moon tak suka brgambar,tp nampaknya pose kite ok...so...promot laarr sabah.aka & abg pun tak habis ronda,so bila lagi nak continue ronda2 d sabah?he...
Fri 18-Feb-2005 16:42
Posted by:sandra munirah aegee_moon@yahoo.com
Thanks coz sudi nak melawat sabah..awal bln jun nie turn saya plak nak honeymoon kat kundasang...tp kat sape2 nak p sabah, saya cdgkan p ler kat Simpang Ngayau kat Kudat..memang cantik...klu sape nak p sabah juz call me k...insyaallah kalau free saya blh bawa jln2..bab saya org sabah.. Mon 11-Apr-2005 04:06
Posted by:miss_azmah azmah23@yahoo.com
View all 7 comments


Friday, 14-Jan-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Persandingan 26/12/2004

Suami dan pengapit-ijam
Menanti ketibaan den untuk berarak bersama-sama
Menanti di Masjid berdekatan
View all 26 photos...
Alhamdulillah, majlis akad nikah selamat dijalankan malam 25hb dan kini tiba masa langsungnya persandingan antara Fazilah & Hafiz. Tema warna BIRU dipilih bagi menyerikan majlis persandingan anak tunggal perempuan En. Basaruddin & Pn. Mariam. Semua kaum keluarga bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini terutamanya abang ila, En Farizul Nizam dan adik, Faiz Nizam. Terima kasih utk kowang.
Cuaca agak panas tetapi kehadiran para tetamu telah memeriahkan keadaan dan nyanyian merdu dari sanak saudara pengantin perempuan.
Dalam masa kami bergembira, rupa-rupanya ada orang yang dalam kesusahan. Takziah kami ucapkan buat semua mangsa TSUNAMI yang terjadi pada tarikh yang sama. Kami berasa simpati dan juga insaf atas apa yang terjadi. Yang baik datangnya dari ALLAH S,.W.T dan buruknya dari kita HambaNYA. Setiap kejadian ada hikmah dan sebaliknya. AL-FATIHAH buat mereka yang telah pergi. AMINNN... 0)

Most recent comments... (In posting order)
hi Ila...thanks sbb singgah kat potopages cida gak..hehehe anggun nyer hang...heheh nk tahu gak apa cik abag kasik as a hantaran dlm kotak beso tuh..heheeh apa pun, tahniah...dah ader baby? Mon 9-May-2005 02:14
Posted by:cida
hi cda..tq again. kotak besar tu ada towel n towel kecik. Fri 13-May-2005 04:06
Posted by:iLa Hafiz


[<<  <  1  2  3  [4]  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.