Want your
own Fotopage?






 
Fazilah's FotoPage

By: iLa Hafiz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  >  >>]    [Archive]
Friday, 7-Jan-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Bertandang ke rumah Suami - 1/1/05

Kami berarak bersama keluarga pihak perempuan
flower girl yang comel..sofia & aliya
pose close-up pengantin
View all 60 photos...
1/1/05 mencipta sejarah di rumah keluarga suami di Taman Ibukota dengan kehadiran mencapai ribuan tetamu. Ila dan keluarga berarak ketika tepat jam 2 petang..kedatangan kami dialukan dengan paluan kompang dan bertemankan dua orang anak buah suami yang menjadi 'flower girl'. Alhamdulillah majlis selesai akhirnya dan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir.

Most recent comments... (In posting order)
Hey Fazilah!! Congratulations!!! Welcome to the world of photoblogging Fri 7-Jan-2005 05:21
Posted by:kidchan kidchan@portraitone.com  - [Link]


Thursday, 6-Jan-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Bridal Studio

Impian kita terbina akhirnya..
dah kawen kite ye!..
teringat kisah percintaan kita..manisnyaa
View all 21 photos...
Ha..ni kami posing kat dalam studio di salah sebuah bridal studio di area Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
1st time bergambar dalam studio menjadikan ia pengalaman yang paling manis dalam hidup kami. Sebelum ni memamg ila pernah mengimpikan memakai gaun kembang ni..hehehe ..tp tula takde rezeki. Sekarang semuanya dah tercapai. Alhamdulillah.


Tuesday, 4-Jan-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Akad Nikah -25/12/04

Majlis Akad Nikah - 25/12/04
Saat menunggu Qadi
Hantaran Pengantin Lelaki - Kek
View all 37 photos...
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memanjangkan jodoh kami hingga ke jinjang pelamin. Kami juga bersyukur kerana kami telah selamat diijabkabulkan dalam suasana yang aman, ceria dan tenang. Majlis Akad Nikah diadakan di rumah keluarga pengantin perempuan di Seksyen 19, Shah Alam dengan kehadiran saudara mara, jiran-jiran serta kenalan terdekat. Mengikut perjanjian kedua-dua pihak, majlis akan diadakan di sebelah malam selepas solat isya`. Rombongan pihak pengantin lelaki akan membawa 11 dulang hantaran beserta wang mas kahwin RM80.00 dan sebentuk cincin. Pihak pengantin perempuan akan membalas 13 dulang hantaran kepada pihak lelaki.
Tepat jam 8:40 malam, Ustaz Suhaini (Timbalan Perancang Keluarga Islam Selangor) telah hadir untuk menguruskan majlis akad. Ustaz juga mewakili abah untuk menikahkan kami berdua. Suasana ceria tetap memeriahkan majlis. Bersaksikan wali dan 2 orang saksi (pakcik-pakcik saya), kami telah pun diijabkabul walaupun dengan 2 kali lafaz (ustaz main geli-geli tapak tangan pulak..terkujat suami aku!)
Kami, Ahmad Hafiz b. Hj.Hod & Fazilah bte Basaruddin telah sah menjadi suami isteri pada hari Sabtu 25hb Disember 2004.

tq fiza. takpe. Fri 7-Jan-2005 00:55
Posted by:fiza
hehehe... comey adik abg.... tahniah... nanti bagi gambau tengah bersalin plak yeee.... Fri 7-Jan-2005 10:25
Posted by:rosli plus roslis@plus.com.my
yolah tu bang..nantila insyaALLAH klau ada rezeki nak bersalin nanti..kite posting kat sini.. Tue 11-Jan-2005 00:11
Posted by:iLa codebrain22@yahoo.com
View all 4 comments


[<<  <  1  2  3  4  [5]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.